Asalamualaikum, kita sudah pun berada di penghujung bulan Ramadhan tidak lupa diucapkan selamat berpuasa, ini bermakna perayaan sambutan Aidilfitri hampir menjelang, Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin, sudah menjadi adat tradisi semakin dekat hari raya orang-orang ramai mula berpusu-pusu keluar untuk membeli barang-barang keperluan bagi menyambut perayaan tersebut. walaupun berada dalam kesibukkan perlu diingat keselamatan diri, keluarga mahupun orang lain adalah amat mustahak bagi mengelakkan agar sebarang pekara yang tidak diingini berlaku yang boleh merugikan diri sendiri atau orang disekeliling kita.
SEBELUM KELUAR MENINGGALKAN RUMAH
1. Pastikan pintu, pagar dan jendela terkunci dalam keadaan baik.
2. Jangan meninggalkan sebarang masakkan dalam keadaan api masih menyala walaupun buat masa seketika.
3. Matikan peralatan eletrik yang tidak diperlukan, yang mana boleh menjadikan penyebab terjadinya kebakaran seperti
-Pengecas Bettry
-Setrikah
-Water Heater
-Router Wifi
-Television
-Penghawa Dingin
-Kipas
-Lampu yang tidak diperlukan
-Peralatan yang boleh mengundang kebakaran atau penggunaan kuasa eletrik yang tinggi supaya tidak merugikan dan tetap berjimat
-Pengecas Bettry
-Setrikah
-Water Heater
-Router Wifi
-Television
-Penghawa Dingin
-Kipas
-Lampu yang tidak diperlukan
-Peralatan yang boleh mengundang kebakaran atau penggunaan kuasa eletrik yang tinggi supaya tidak merugikan dan tetap berjimat
4. Jangan meningalkan barang-barang atau peralatan yang boleh mengundang/memudahkan pencuri seperti:-
-Pemotong besi
-Pahat
-Tukul
-Tangga
-Selimbu
-dan sebagainya
-Pemotong besi
-Pahat
-Tukul
-Tangga
-Selimbu
-dan sebagainya
5. Jangan Meninggalkan barang berharga sekalipun dalam keadaan terkunci atau dirantai sebaiknya disimpan didalam rumah.
6. Jangan ditinggal kunci rumah walaupun disembunyikan seperti dibawah pasu bunga, peti surat, rak kasut dan sebagainya kerana taktik ini sudah terbaca olah pencuri.
7. Maklumkan kepada jiran untuk memerhatikan rumah jika ditinggal dalam tempoh yang panjang.
8. Terangkan halaman rumah untuk memudahkan agar jiran sentiasa memerhatikan
SEBELUM DAN SEMASA PERJALANAN
1. Pasti kenderaan dalam keadaan baik.
2. Kelilingi kenderaan sebelum memulakan perjalanan untuk memerikasa kenderaan.
3. Pastikan lampu dalam keadaan baik dengan mencuba setiap satu persatu lampu samada berfungsi atau tidak.
4. Pastikan kelengkapan peralatan tukar ganti tayar sentiasa ada didalam kenderan, baik dan masih boleh digunkan.
5. Pastikan tayar kenderaan dan tayar cadangan dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan.
6.Periksa minyak brek pastikan sistem brek berfungsi dengan baik.
7. Memeriksa setiap sudut bahagian engine kenderaan seperti Air radiator, Minyak engine dan sebagainya
8. Rancang perjalanan dengan baik sebelum memulakan.
9. Gunakan tali pinggang keselamatan dan lampu isyarat kenderaan.
10. Pekara yang dilarang atau boleh menjadi kesalahan:-
- Jangan gunakan telefon bimbit semasa memandu.
- Jangan mengekori kenderaan lain terlalu dekat.
- Jangan memandu melebihi had laju atau terlalu laju.
- Jangan memandu dalam keadaan mengantuk
- menjadi kesalahan jika memandu dibawah pengaruh obat-obatan terlarang atau minuman keras.
- Jangan gunakan telefon bimbit semasa memandu.
- Jangan mengekori kenderaan lain terlalu dekat.
- Jangan memandu melebihi had laju atau terlalu laju.
- Jangan memandu dalam keadaan mengantuk
- menjadi kesalahan jika memandu dibawah pengaruh obat-obatan terlarang atau minuman keras.
11. Pastikan diri dalam keadaan sehat dan sentiasa memerhatikan keadaan keliling semasa memandu.
12. pastikan minyak kenderaan penuh dan jangan lupa bawa bag duit dan duitnya sekali...........
Semoga beberapa tips diatas bermanfat sekian..
asalamualaikum,,, selamat berpuasa dan selamat hari raya.......
asalamualaikum,,, selamat berpuasa dan selamat hari raya.......
No comments:
Post a Comment