r

Thursday, June 6, 2019

Ayam buttermilk salted eeg


Assalamualaikum, disini saya ingin kongsi resepi cara masak ayam buttermilk salted eeg. pada dasarnya masakkan buttermlik  adalah sama cuma 1 tambahan bahan utama iaitu telur masin atau salted eeg.

AYAM BUTTERMILK SELTED EEG


Bahan-bahannya
  • Isi ayam
  • Mentega
  • Sedikit Daun Kari
  • 3-4  Cili padi dihiris
  • 3-4 ulas bawang putih dipotong halus
  • 1-2 Serbuk salted eeg
  • 2 biji kuning telur masin dicincang ( rebus dan keluarkan bahagian kuning telur sahaja  sebagai penambah dan hiasan) (bagagian putih jika suka)
  • 1/4 cawan kecil susu cair/susu biasa ( Sekiranya mau banyak tambah kuantiti susu cair, jika kuah cair dan mahukan kepekatan pada kuah boleh tepung jangung yang sudah dilarut bersama air)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bahan perasa ( garam, lada sulah, ajinomoto )
  • Bahan goreng ayam ( tepung jagung, tepung biasa, air, sedikit garam, sedikit lada sulah, sedikit serbuk kari) atau tepung serbaguna
Cara-cara memasak
1. Goreng ayam terlebih dahulu dengan bahan goreng ayam. Jika bahagian ayam terlalu besar, potong kecil-kecil. atau jika ingin mengguna ayam sudah siap sedia juga boleh seperti Ayamas atau drumstik jodi
2. Masukkan 5-6 sudu mentega kedalam kuali. bila  sudah mentega cair, masukkan secara bersamaan bawang putih, cili padi dan daun kari.
3. Apabila sudah naik bau, masukkan serbuk telur masin dan  gaulkan tunggu sehingga naik buih. Kemudian masukkan susu cair, garam, dan bahan perasa lain. Apabila agak masak dan sebati , masukkan ayam goreng dan gaulkan. taburkan kuning telur masin dan Bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba!
SERBUK SALTED EEG (contoh)
Sumber gambar: sendiri


DAUN KARI YANG MASIH SEGAR
Sumber gambar: sendiri ambil dibelakang rumah

PRODUK INI PUN BOLEH DIGUNAKAN
Sumber gambar: ayamas.com.my


No comments: