Perang Saudara Brunei di kenali sebagai Perang Cermin 1660-1673
Perang Saudara Brunei telah tercetus hanya gara-gara perlawanan sabung ayam.
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Ali, terdapat perselisihan faham diantara anak Sultan, Pengiran Muda (putera) Bongsu dan Pengiran Muda Alam, anak Pengiran Abdul Mumin dengan keputusan sabung ayam dimana Pengiran Muda Bungsu telah kalah. Kekalahan beliau telah diejek oleh Pengiran Muda Alam. Dan kerana terlalu marah, Pengiran Muda Bongsu telah membunuh Pengiran Muda Alam dan melarikan diri dari tempat kejadian.
Bagi membalas dendam, Abdul Momin dan pengikut-pengikutnya telah mencekik Sultan Muhammad Ali. Abdul Momin kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dan memakai gelaran "Sultan Abdul Hakkul Mubin". Dia cuba untuk memuaskan hati pengikut Sultan sebelumnya dengan melantik cucu Muhammad Ali, iaitu Muhyiddin sebagai Bendahara baru ("Ketua Menteri").
Selepas beberapa ketika, bagaimanapun, penyokong Muhammad Ali membalas dendam dengan meyakinkan Bendahara Muhyiddin untuk berdiri menentang Abdul Momin. Bendahara Muhyiddin pada mulanya enggan untuk berbuat demikian, tetapi kemudian bersetuju untuk berbuat demikian kerana penyokongnya mula membuat gangguan ke dalam istana dan rumah. Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudiannya memindahkan istananya ke Pulau Chermin atas nasihat Muhyiddin bagi menunggu sehingga krisis tamat.
Selepas beliau memindahkannya, bagaimanapun, Muhyiddin telah mengisytiharkan dirinya sebagai sultan dan akhirnya satu pertempuran antara kedua-dua sultan pun tercetus. Oleh itu, Perang Saudara Brunei pun bermula.
Pertempuran dan hasilnya
Semasa Perang Saudara, Abdul Momin telah melarikan diri ke Kinarut, Sabah, Malaysia di mana, beliau tinggal di sana selama sepuluh tahun bagi menangkis serangan berulang dari Sultan Muhyiddin. Mereka kembali ke Brunei selepas serangan terakhir oleh Angkatan Muhyiddin di mana mereka gagal untuk mengalahkan Abdul Momin.
Muhyiddin bimbang kerana perang saudara ini telah berlarutan terlalu lama dan akhirnya beliau memutuskan fikiran dengan meminta bantuan Sultan Sulu bagi menghantar tentera. Beliau dilaporkan telah menjanjikan tanah timur Sabah sebagai ganjaran bagi mendapatkan bantuan.
Muhyiddin akhirnya mencapai kemenangan manakala Abdul Momin telah terbunuh dalam perang saudara tersebut. Ia tidak jelas sama ada Muhyiddin benar-benar meminta bantuan Sulu dalam perang saudara, Sultan Sulu pada masa itu juga berada di pihaknya. Bagaimanapun, Sulu mendakwa bahawa beliau telah diminta oleh Brunei untuk membantu dan mereka telah menjanjikan Sabah sebagai ganjaran.
Brunei menafikan ini sehingga hari ini.
Sultan Sultan dan Pembesar yang terlibat dalam Perang Saudara Brunei
Sultan Haji Muhammad Ali
Sultan Haji Muhammad Ali memerintah Brunei dari 1660 hingga 1661.
Takhta kerajaan baginda direbut oleh Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin kerana peristiwa anaknya ditikam oleh Pengiran Muda Bungsu yang kalah bersabung ayam. Baginda terbunuh pada waktu Asar, 14 Rabiul Awal 1072 (bersamaan 6 November 1661) di tangan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin, dan kemudiannya menaiki takhta sebagai Sultan Abdul Hakkul Mubin.
Baginda terkenal dengan nama jolokan "Marhum Tumbang di Rumput".
Sultan Abdul Hakkul Mubin
Sultan Abdul Hakkul Mubin memerintah Brunei dari 1661 hingga 1673.
Baginda merebut takhta kerajaan daripada Sultan Haji Muhammad Ali. Kemudian, dituntut bela oleh Pengiran Muda Muhyiddin (Pengiran Muda Bungsu) sehingga terjadinya peristiwa dua Sultan memerintah Brunei dan Perang Saudara selama 12 tahun di Brunei ketika itu. Baginda membina istana dan negeri di Pulau Chermin.
Berperang dengan Sultan Muhyiddin
setelah baginda membunuh Sultan Haji Muhammad Ali. baginda mengistiharkan diri sebagai sultan brunei tetapi ditentang oleh Pengiran Muda Muhyiddin dan menyebabkan terjadilah perang saudara brunei. baginda berperang dengan pengiran muda Muhyiddin tetapi mendapat kesepakatan dan akhirnya baginda membina istana dan negeri di pulau chermin. setelah berdiam di pulau chermin baginda diserang oleh pengiran muda Muhyiddin dan akhirnya memgisytiharkan diri sebagai sultan brunei dan sultan abdul hakkul mubin melarikan diri.
Melarikan diri ke Sabah
baginda terpaksa melarikan diri ke sabah bersama pengikut-pengikut setia baginda ke satu kawasan di pantai barat sabat iaitu kinarut dan mendirikan istana dan negeri dengan dibantu oleh orang bajau dan kadazandusun, dan baginda menyerang brunei dari kinarut selama lebih 10 tahun tetapi akhirnya baginda kalah dengan sultan Muhyiddin.
Baginda mangkat pada 1673. Baginda terkenal dengan nama jolokan "Marhum di Pulau" atau ''Marhum di Seludang”.
Sultan Muhyiddin
Sultan Muhyiddin memerintah Brunei dari 1673 hingga 1690.
Baginda mengambil alih Takhta Kerajaan daripada Sultan Abdul Hakkul Mubin. Baginda termasyhur dengan kebijakan, gagah dan berjaya menyatukan rakyat Brunei setelah Perang Saudara tamat.
Pada tahun 1685, baginda berjaya mengatasi tipu helah angkatan Sepanyol yang berpura-pura datang melawat Brunei.
Zaman baginda, Datu Dakula ibnu Sultan Abdul Hakkul Mubin datang ke Brunei untuk membela ayahandanya tetapi dapat diselesaikan oleh kekandanya, Pengiran Bendahara Pengiran Muda Amir ibnu Sultan Abdul Hakkul Mubin.
Semasa zaman baginda, sultan muhyiddin telah meminta sultan sulu untuk membantu baginda dalam menewaskan pemberontak di pulau chermin, dan menyerahkan sabah timur kepada sultan sulu. Brunei menafikan ini sehingga hari ini.
Baginda pada 1690 telah mangkat.Baginda terkenal dengan nama 'Marhum Bungsu'.
Pehin Orang Kaya Besar Imas
Pehin Orang Kaya Besar Imas merupakan salah seorang individu Kedayan yang paling dikenali di dalam sejarah Kesultanan Brunei. Beliau merupakan kepala segala Menteri Kedayan dan berasal dari Kampung Subok, Brunei. Beliau merupakan cucu kepada Sultan Saiful Rijal melalui ayahnya Orang Kaya Kassim. Orang Kaya Kassim beribukan seorang Kedayan dan menetap di Jerudong. Sultan Muhammad Hassan pernah menawarkan gelaran Cheteria iaitu Pangeran Anak kepada Orang Kaya Kassim tetapi beliau menolaknya dengan alasan beliau membesar sebagai seorang Kedayan. Pehin Orang Kaya Besar Imas mempunyai seorang saudara lelaki yang bernama Pangeran Temenggong Sahibul Bahar Rajid.
Pehin Orang Kaya Besar Imas menonjol kerana peranannya yang dianggap sebagai 'the King maker' di dalam perang saudara saudara 12 tahun diantara Sultan Muhyiddin dengan Sultan Abdul Mubin. Dalam beberapa sumber, Pehin Orang Kaya Besar Imas dikatakan sebagai orang yang mendorong Sultan Muhyiddin untuk membalas dendam di atas pembunuhan Sultan Muhammad Ali. Di dalam satu catatan di laman Facebook Kenali Negara Kitani Brunei gambaran perbualan diantara mereka berdua.
Orang Kaya Besar Imas : Ceh! Anak raja ini tidak pemalu, bapanya sendiri dibunuh orang tidak terbela olehnya, senang-senang ia mengangkat tangan menyembah Bendahara Abdul (pura-pura tidak melihat Bendahara Muhyiddin sambil-sambil menyangkul rumput di tanamannya).
Bendahara Munyiddin : Orang Kaya saya kurang mengerti apa maksud Orang Kaya di halaman tadi.
Orang Kaya Besar Imas : Beribu ampun, hamba tuanku berkata-kata dengan air mas hamba tuanku ini, iaitu kemangkatan allahyarham ayahanda mertua tuanku itu, mengapa tah hanya tuanku semua memandang sahaja, bukankah ayahanda tuanku itu lindung kerana dikujut dengan kejam. Padahal tiada kesalahan yang dilakukan oleh baginda. Tidakkah tuanku malu dengan semua itu. Tidakkah tuanku mahu menuntut bela di atas kematian ayahanda tuanku?
Selepas berunding dengan Pangeran-Pangeran yang lain serta selepas mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari Pehin Orang Kaya Besar Imas yang memberi jaminan orang-orang Kedayan akan ikut serta bersama beliau, perancangan membalas dendam pun di atur dengan rapi sekali. Orang-orang Kedayan diarah untuk mengaruk istana, rumah-rumah pembesar dan rumah-rumah orang kampung. Disamping itu untuk memudahkan rancangan, Pangeran Bendahara berjaya memujuk Sultan Mubin untuk mengambil orang-orang Kedayan dibawah pimpinan Pehin Orang Kaya Besar Imas untuk menjaga istana.
Setelah sekian lama, Sultan Abdul Mubin berpindah ke Pulau Chermin manakala pihak yang tinggal iaitu Bendahara Muhyiddin mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Kesultanan Brunei ketika itu mempunyai dua orang raja iaitu Raja di Pulau, Sultan Hakkul Mubin dan Raja di Darat iaitu Sultan Muhyiddin. Tidak berapa lama selepas itu berlaku perang saudara yang memakan masa selama 12 tahun. Di penghujung peperangan, Pehin Orang Kaya Besar Imas terkorban. Walaubagaimanapun, pihak Sultan Muhyiddin mendapat kemenangan.
Sumber : Wikipedia, Chatatan Sejarah Pembesar2 Dan Perwira2 Brunei Vol. 1 : Jamil Al Sufri
No comments:
Post a Comment