Jun 08, 2019
Jennifer dilapor tergamak mencabut kuku jari kaki anaknya sendiri sebagai tanda cinta kepada teman lelakinya. -Gambar hiasan
ECATEPEC: ENTAH kegilaan apa yang melanda benak si ibu sehingga sanggup menyeksa anak kandungnya sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman lelaki.
Dalam kejadian yang berlaku di Ecatepec, Mexico baru-baru ini, wanita itu yang dikenali sebagai Jennifer Marisol, 26, didakwa melakukan penderaan fizikal dan seksual terhadap tiga anak-anaknya.
Jennifer dilapor tergamak mencabut kuku jari kaki anaknya sendiri -- Guillermo, 9, Samanta, 7, dan Melissa, 1 -- sebagai tanda cinta kepada teman lelakinya Jose Omar Trujillo,
Perkara tersebut bagaimanapun terbongkar apabila ayah kanak-kanak berkenaan yang juga bekas suami tertuduh, Mauricio Alberto menyedari perbuatan terkutuk wanita berkenaan dan melaporkannya kepada Pusat Keadilan Wanita.
Mauricio mendakwa turut menemui rakaman video yang menunjukkan bekas isterinya itu menyeksa anak-anaknya.
Hasil laporan berkenaan, polis segera bertindak dan menahan wanita terbabit dan dituduh melakukan keganasan rumah tangga.
Sementara itu kesemua kanak-kanak terbabit kini tinggal bersama bapanya dan menjalani penilaian fizikal dan psikologi.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada teman lelaki wanita itu turut ditahan setakat ini.

sumber berita,
lapor portal Mirror.co.uk.
No comments:
Post a Comment