r

Tuesday, June 11, 2019

Ribuan cedera susulan kegilaan e-skuter

LEBIH 1,500 orang dirawat akibat kecederaan kerana menggunakan skuter elektrik berkuasa bateri di Amerika Syarikat. - Foto AFP

Ribuan cedera susulan kegilaan e-skuter


WASHINGTON: Lebih 1,500 orang dirawat akibat kecederaan kerana menggunakan skuter elektrik berkuasa bateri di Amerika Syarikat sejak kegilaan bermula pada lewat 2017, menurut tinjauan Laporan Pengguna.
Majalah pengguna tidak berasaskan keuntungan itu melaporkan, kiraannya berdasarkan laporan dari hospital dan pegawai kecemasan, adalah tidak lengkap dan tidak memasukkan empat laporan kematian berkaitan e-skuter.
Namun, ia mengira 1,542 kes rawatan kecemasan bagi kecederaan berkaitan skuter itu selepas menghubungi 110 hospital dan lima agensi di 47 bandar raya yang menyaksikan dua syarikat skuter terbesar beroperasi.
Kegilaan menunggang skuter itu, yang membolehkan pengguna menyewa dan menggunakan peralatan dua roda itu untuk perjalanan singkat, dianggap sebagai revolusi kepada pengangkutan bandar.
Namun bilangan laporan media menonjolkan bahaya penggunaan skuter itu sama ada di ruang pejalan kaki atau di jalan raya.
Minggu ini, pelajar pertukaran dari Ireland berusia 21 tahun meninggal dunia selepas dilanggar kereta ketika menunggang skuter itu di Austin, Texas, menurut media.
Laporan Pengguna, yang menyiarakan laporannya kelmarin, menyatakan hospital merawat orang ramai yang mengalami gegaran, patah hidung, patah lengan dan kecederaan itu, sebahagiannya memerlukan pembedahan.
Walaupun firma e-skuter menggalakkan pengguna memakai topi keledar, tidak banyak perundangan memerlukan mereka berbuat demikian. — AFP
BH

No comments: