r

Tuesday, June 11, 2019


FOTO hiasan.

Arab Saudi pintas dua dron Houthi


KAHERAH: Tentera udara Arab Saudi memintas dua dron dipercayai dilancarkan puak Houthi Yaman yang menyasarkan bandar Khamis Mushait, kata jurucakap tentera gabungan dipimpin Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada Agensi Saudi Press awal hari ini.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan maklumat terperinci.
Terdahulu, TV Masirah kendalian Houthi melaporkan pergerakan yang bersekutu dengan Iran itu melancarkan serangan ke atas pangkalan udara King Khalid berhampiran Khamis Mushait di barat daya Arab Saudi. - Reuters
BH

No comments: